Rabu, 21 Julai 2010

Belimbing Tanah

Belimbing Tanah




Belimbing Tanah

Nama botani : Oxalis barrelieri Linn

Nama lain : Belimbing bukit

Famili : Oxalidaceae


Habitat

Belimbing tanah boleh ditemui hidup liar di kawasan lembah, di tanah yang lembap dan di padang.

Ciri morfologi

Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya men capai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hi tam, dan berasa masam .

Kegunaan dan khasiat

Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah
jantung serta dapat menghilangkan da haga.

Buah belim bing tanah yang segar boleh di makan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati le bih berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan