Rabu, 21 Julai 2010

Ara Tanah

Ara Tanah

Nama botani : Euphorbia hirta Linn.

Famili : Euphorbiaceae


Habitat



Tumbuhan ini mudah didapati tumbuh liar di halaman rumah dan di pasu bunga.






Ciri morfologi



Tumbuhan herba semusim ini kecil, setinggi 15-30 cm dan batangnya bercabang rendah. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus. Daun terletak bersetentangan, ber bentuk bujur panjang dan membulat di pangkal. Warna daun hijau tetapi biasanya terdapat belang ungu muda. Tepi daun bergerigi. Bunga ara tanah terdapat pad a jambak tongkol berwarna merah jambu, dan keluar dari celah daun.






Kegunaan dan khasiat



Getah batang ara tanah dijadikan ubat untuk bengkak pada kelopak mata. Campuran ara tanah dengan paku roman (Ceratopteris thalictroides) dipupuk pada bisul, kurap dan bengkak pada kulit. Tumbuhan yang pahit dan masam ini beraeun tetapi bersifat diuretik, antipruritik dan antibengkak.

Cemamar

Cemamar

Nama botani : Micromelum minutum(G. Forst.) Wight & Am.



Nama lain : Cemama, cerek-cerek



Sinonim : Micromelum pubescens Blume



Famili : Rutaceae




Habitat



Pokok cemamar hidup liar di kawasan berbukit terutama di kawasan selatan dan barat laut Semenanjung Malaysia.

Ciri morfologi

Cemamar sejenis pokok saka kecil. Ranting dan rakis daunnya berbulu halus. Daun 15-40 cm panjangnya, mempunyai 9-15 anak daun yang tersusun berselang. Anak daun berbentuk bujur dan berhujung tajam. Tepi daun beralun dan pangkal daun menyerong sedikit. Bunga keluar pada jambak.

Warnanya putih kehijauan. Buah cemamar jenis beri dan berbentuk bujur atau bujur panjang.

Kegunaan dan khasiat

Pucuk dan daun yang muda boleh di buat ulam. Daun dibuat ubat penyakit angin dan untuk menyegarkan badan, terutama bagi wan ita yang baru melahirkan anak. Air rebusan daun digunakan untuk mandi an wanita selepas bersalin bagi menyegarkan badan dan membuang angin.

Daun yang dilumatkan dibuat ubat pupuk untuk sakit kuIit. Lumatan daun di­campur dengan daun asam jawa serta sedikit garam, dan disapu pada kulit yang gatal akibat terkena ulat bulu. Daun yang ditum buk bersama-sama se dikit kapur makan, kapur tohor dan jus limau nipis dijadikan ubat sapu untuk meng ubati panau

uesday, August 28, 2007 Halban Nama botani : Vitex pubescens Vahl. Nama lain : Leban Famili : Verbenaceae Habitat Pokok halban mudah ditemui h

Halban

Nama botani : Vitex pubescens Vahl.

Nama lain : Leban

Famili : Verbenaceae


Habitat

Pokok halban mudah ditemui hidup dalam keadaan liar di kampung, di tepi sungai dan di hutan.

Ciri morfologi

Pokok halban sederhana hingga besar, mencapai 25 m tingginya. Kulit batangnya berwarna kuning kelabu. Kulit batang pokok tua merekah dan berkeping-keping nipis. Kanopi pokok bulat tetapi kadang-kadang bentuknya tidak sekata. Ranting, tangkai daun, jambak bunga dan permukaan bawah daun berbulu halus. Daun jenis majmuk, mengandungi 3-5 anak daun yang besar. Anak daun tanpa tangkai atau sesil. Warnanya hijau pucat. Bunga halban keeil, terdapat pada jambak panikel hujung yang besar. Brakteanya perang kehijauan dan kelopak bunganya biru keunguan. Buah halban hijau, dan apabila masak bertukar menjadi ungu dan kemudiannya hitam.

Kegunaan dan khasiat

Daun halban digunakan untuk mengubati luka dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbuk dan dituam pada kepala dan badan.

Belimbing Tanah

Belimbing Tanah




Belimbing Tanah

Nama botani : Oxalis barrelieri Linn

Nama lain : Belimbing bukit

Famili : Oxalidaceae


Habitat

Belimbing tanah boleh ditemui hidup liar di kawasan lembah, di tanah yang lembap dan di padang.

Ciri morfologi

Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya men capai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hi tam, dan berasa masam .

Kegunaan dan khasiat

Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah
jantung serta dapat menghilangkan da haga.

Buah belim bing tanah yang segar boleh di makan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati le bih berkesan.

TONGKAT ALI

TONGKAT ALI

Nama Botani

Eurycoma longifolia Jack

Nama lain

Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.

Famili

Simaroubaceae

Pengenalan

Tongkat ali adalah dari keluarga Simaroubaceae didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang lain. Persediaan produk daripada tongkat ali meliputi 30% daripada nilai perdagangan herba tempatan yang bernilai RM30–40 juta. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Khasiat dan Kegunaan

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).

bunga-kamunting-cina




NAMA HERBA : Kemunting Cina
NAMA SAINTIFIK : Catharanthus Roseus

BOTANI :
Tumbuhan herba yang mempunyai batang berwarna ungu dan berdaun hijau. Merupakan pokok hiasan. Getah pokoknya beracun. Daunnya tersusun secara berselang-seli . Berbunga putih dan merah jambu.

KEGUNAAN:
stesmaforeverMenyembuh diabetis, darah tinggi, barah, terkena gigitan serangga, cirit-birit, hidung berdarah, mengurangkan pendarahan luka.